Sunday, May 22, 2011

Minggu Terakhir Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Hmm . . . Hanya tinggal empat hari sahaja Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) , tapi aku masih rasa macam tengah exam lagi . . . Mungkin sebab aku tahun ini calon SPM 2011 . . .
PPT kali ini adalah exam besar kedua aku sebelum Peperiksaan Percubaan SPM . . .
PPT kali ini juga adalah PPT terakhir aku di Kajang High School . . .
Jadi , aku kena buat yang terbaik . . .
Sebelum PPT , aku dah target pelajaran mana nak A . . . Tapi , bila dah buat . . .
Rasa macam tak yakin pulak . . . Yelah . . . Baru selak kertas , dah rasa tak boleh jawab . . . :(
Yang penting , Kertas Lukisan Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan aku mesti target A . . . ! :)
Semasa Ujian Setara 1 pada bulan Mac lepas , kertas Teknologi Kejuruteraan aku dapat 37% , G . . .
Aku GAGAL ! ! ! :'( . . . Tetapi , kertas Lukisan Kejuruteraan aku dapat  92% , A+ dan tertinggi dalam kelas . . . :D
Ini menunjukkan ada perbezaan antara kerats tersebut . . . Jadi , semasa kertas Teknologi Kejurutraan pada 19 Mei 2011 , aku dapat jawab semuanya walaupun ada sesetengah soalan aku tak tahu . . .
Tapi , tak apa . . . Asalkan aku cuba juga . . . :)
Sekarang aku tengah menuggu kertas Lukisan Kejuruteraan pada khamis ini pada 26 Mei 2011 . . .
Aku mahu kekalkan pelajar Lukisan Keruteraan tertinggi dalam kelas . . . :)
Sementara itu , pada minggu klimaks bulan Mei ini ada juga kertas Fizik yang agak mencabar kertasnya . ..
Mmm . . . Aku hanya mampu ulang kaji dan buat latihan sahaja kerana Fizik memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk mengubah sedikit formula yang di beri . . .
Tak apa , aku tetap target A untuk Fizik kerana cita-cita aku ingin menjadi Juru Terbang . . .
Jadi , sangat pelik jika aku tidak lulus Fizik . . .
Lagi satu , tahun ni aku jangkakan ingin membawa nama Kajang High School jauh lebih jauh dari pencapaian yang pernah sekolah itu capai . . .
Pencapaian yang aku maksudkan ialah Petrosains - Science Show Competition yang kini aku telah pun menjadi wakil Negeri Selangor dalam peringkat 'Semi-final' . . .
Dalam pertandingan itu juga , aku membuat pertunjukan sains tenteng Fizik . . .
Mana boleh aku gagal dalam Fizik kali ini . . . ! Aku mesti  buat yang terbaik . . . ;)

Semoga Berjaya Muhammad Firdhaus . . . Do Your Best ! !  :)

No comments:

Post a Comment