Saturday, July 13, 2013

Mobile Art Pavilion by Zaha Hadid


LATAR BELAKANG

Ini merupakan bangunan pilihan saya dalam Projek Kajian Kes tentang 'EXHIBITION SPACE' . Uniknya bangunan ini adalah kerana bangunan ini di kategorikan sebagai bangunan 'EPHEMERAL' . Ephemeral merupakan Istilah Seni bina yang bermaksud bersifat 'SEMENTARA' .Jadi di sini kita dapat tafsirkan bahawa bangunan ini adalah 'BUILDABLE' di mana pembinaannya boleh di pasang & di tutup . Ya ! Sebenarnya bangunan ini telah pun merantau ke lebih 3 buah negara antaranya HONG KONG , NEW YORK , TOKYO dan kini telah menetap secara KEKAL di PARIS . Bangunan ini sebenarnya HAK MILIK Syarikat CHANEL kerana mereka mahu membuat Penjelajahan Sedunia mengenai semua Hasil produk mereka kepada orang ramai .
Kini , CHANEL telah pun TAMAT kan Penjelajahan dan telah pun mendermakan bangunan ini pada INSTITU DU MONDE ARABE selepas penjelajahan terakhir mereka di HONG KONG atas sebab KOS yang tinggi . 

Jadi , selepas bangunan ini bertukar milik , maka Institu Du Monde Arabe telah pun membuat satu Pameran yang buat kali Pertama mereka di Mobile Art Container . Pameran itu di beri nama 'UNE Architecture of Zaha Hadid' yang merupakan Arkitek UTAMA bangunan ini iaitu Zaha Hadid . Pameran ini pula menjadi pameran kajian kes saya juga.

ZAHA HADID

CHANEL LOGO


PROSES MEREKA BENTUK

Untuk proses reka bentuk , kita boleh buat pemerhatian pada semua bangunan Zaha Hadid yang sebelum ini kerana bangunan dulu dan kini semuanya sama sahaja . Aliran 'FLUID' merupakan reka bentuk utama . Cuma untuk menghasilkan reka bentuk yang Anggun ini Zaha Hadid telah berinspirasikan dari Beg Tangan CHANEL iaitu 'QUILTED BAG' 

QUILTED BAG

Untuk mendalami lagi reka bentuknya , Zaha Hadid telah mengaplikasikan Konsep 'NEW SPATIAL' di mana kita boleh lihat secara mata kasar bahawa bangunan tersebut berbentuk Pintu Gerbang yang bersambungan di mana kawasan tengah itu merupakan kawasan kosong . Lagi satu , Zaha Hadid ada menyelitkan satu reka bentuk ORGANIK yang mempunyai susunan yang MENGULANG di kawasan luar bangunan .

PANDANGAN PERSPEKTIF

REKA BENTUK PENGULANGAN


Itu hanya sekadar luaran sahaja . Dari segi dalamannya pula , Zaha Hadid banyak mempamerkan Bangunan yang dibuat sama ada sedang di bina atau pun sudah siap . Dari segi susunan dalam Pameran , Zaha Hadid lebih menyusun di tempat yang dekat dengan cahaya luar . Jika kita lihat pada bumbung bangunan terdapat ada beberapa tingkat di tengah & kelilingnya . Itu sebenarnya merupakan 'SKYLIGHT' yang dijadikan sebagai sumber cahaya ketika di waktu siang atau orang lebih kenal kepada 'Cahayan Semulajadi' . 

PELAN LANTAI

SKYLIGHT DARI DALAM

Dari sudut pameran , Zaha Hadid banyak bermain dengan model , tayangan & hasil kerja mewarna beliau . Yang paling menarik Zaha Hadid ada buat satu jalan di mana dia jadikan sebagai dua jalan . Ini bertujuan untuk melengah-lengahkan masa para pelawat supaya mereka mendalami Seni bina Zaha Hadid .

KARYA MEWARNA & TAYANGAN

MODEL CONCERT HALL DENGAN CAHAYA SEMULAJADI

MODEL BANGUNAN

SUSUNAN PROSES REKA BENTUK

SUSUNAN PROSES REKA BENTUK 2


PROSES PEMBINAAN

Untuk proses pembinaan pula , Zaha Hadid telah menggunakan 'Steel Construction' kerana besi adalah cara termudah untuk di buka & di pasang . Sebanyak 74 tan besi telah digunakan , 69 tan untuk bangunan pameran manakala lagi 5 tan untuk kaunter tiket . Keluasan banguna ini adalah 700 m2 bersamaan dengan 29m x 45m . Dengan ketinggian maksimum 6 meter bersama 1 meter di tinggikan dari aras tanah , bangunan ini cuma mengambil masa 1 minggu sahaj untuk dirikan ting besi dan untuk siap keseluruhanya hanya memakan masa sebulan .

PELAN LANTAI PAMERAN


Bahan yang digunakan dalam pembinaan ini sangat mudah & senang . Bahagian luaran banyak menggunakan FIBRE RE-INFORCED PLASTIC manakala bahagian dalam yang berbentuk seakan-akan sarang labah-labah pula menggunakan 'ALUMINIUM EXTRUSION' . Bahan untuk bumbung pula Zaha Hadid menggunakan 'POLYVINYL CHLORIDE (PVC)' manakala bahagian skylight menggunakan 'ETHYLENE TETRAFLUOROETHYLENE (ETFE)' . 

BAHAN BUMBUNG

ALUMINIUM EXTRUSION DALAM

LUKISAN PELAN-PELAN BANGUNAN

POTONGAN SEKSYEN A

POTONGAN SEKSYEN B

PANDANGAN HADAPAN & BELAKANG

PANDANGAN KANAN & KIRI

PELAN LANTAI DENGAN PAMERAN



"APABILA BAWA KE NEW YORK , KITA BOLEH LIHAT KEINDAHAN FAUNA . APABILA BAWA KE HONG KONG , KITA BOLEH LIHAT MENARA PENCAKAR LANGIT . " 
-Zaha Hadid-











Wednesday, June 26, 2013

Open Ceremony for Semesta 3

Assalamualaikum & Salam Arkitek pembuka cerita ,
Politeknik Ungku Omar pembuka kisah ,
Telah berlalu semester satu dan dua ,
Semesta tiga pembuka semula semua kisah .

HEE ~ Pantun mukadimah drama-drama kelas DSB3B sesi JUN 2013 . .
Yeaaa ~ ! Akhirnya kita dah berada kat semester 3 . .
Selepas ni Semester 4 dah nak Latihan Industri (LI) !
Tapi , belum masuk kelas lagi kami dah macam berada di pertengahan semester . . Hahahahaa !
Assigment ohh Assigment . . =P
Hari pertama kelas sangat mengagumkan yeaaa ~


Yeahhhhh ~ Itu lah gambar bersama kawan ku , Wan Muhammad Fadhil !
Hmm , hari pertama pun dah macam pertengahan semesta . .
Penat , Mengantuk , Letih . . 
Apa lagi ? ? ? Assigment ~ ~ ~ =P
Tambah lagi , JEREBU sedang melanda IPOH pulak tuuuu . .
Aduyaiii ~ Sakit TEKAK weyyyy ~





Hmm tu semua BUKTI kawasan IPOH JEREBU . .
Tapi , Alhamdulillah akhirnya JEREBU hilang bila Rahmat Allah turun pada waktu petang . . =]

Apa-apa pun , Semester 3 ni mesti lebih serius dan lebih TEGAS dalam mendisiplinkan diri . .
Prinsip kena KUAT supaya supaya semester 4 nanti nak Praktikal . .
Apa-apa pun MISI nak PUITIS dalam Sem ini amat diUTAMAkan . . =D
Sekian . .

PUITISAN SEMESTER TIGA



Wednesday, June 19, 2013

Yeaaa ~ Ipoh Mali !

Sebulan sudah kita bercuti , akhirnya tanggal 18 Jun 2013 bermula semula cerita kita . .
. . . . 
Bergerak dari Kajang jam 6 pagi membuat Ku berasa sangat sejuk & mengantuk . . Zzzz
Apa pun itu sudah prinsip Bapa Ku yang suka gerak awal apabila hantar aku balik Ipoh . . 
Sabar je lahhhh ~

Macam biasa , apabila dalam kereta hendak kemana-mana , Tidur merupakan Prinsip Ku pula . . . Haahahahahaah !
Yelaa ~ Orang dah bawa kereta , jadi kita tidur je lahh . . 
Best weyyy bila tidur . . Ada Air-cond lagiiiii ! =P

Kemudian , Dah sampai Ipoh . . 
Kejap jee . .
Kejap je lahhh . . 
Nak buat apa lama-lama kan ? ? !

Sebelum ke Home Sweet Home aku kat Sari 24 . .
Aku bersama Bapa Ku ke Perniagaan israel yang paling LARIS di Malaysia . .
Award apa dia dapat ? ? ?
Anugerah Majikan Terbaik katenyaaaa ~ ! !
Lepas tu semua bangga & suka bila dapat Awards tu . .
Buat kali ke-3 berturut-turut tuuu ~ 
Haa ~ Tahu tak apa tuu ! ! 
Rasanya semua tahu . . Budak tadika 2 tahun pun tahu . .
Itu lahhhh . . McDonald ! ! poyo ~

Seterusnya aku pun pergilah pulang ke HOME SWEET HOME aku kat Sari 24 . .
Yeaaa ~ Alhamdulillah Selamat sampai . .

Ketika ini yang ada dirumah hanya lah Syid dengan Apam jeee . .
Buat sementara waktu jee . . 
Beberapa jam kemudian , sampailah seorang lagi askar budak Senibina PUO . .
Bahari ~

Akhirnya sehingga 19 Jun 2013 iaitu hari ini . . 
Rumah Sari 24 ini hanya ada 4 orang . . 
Keadaan ini akan kekal sehingga hari Khamis . .
Masing-masing lambat pulang ke rumah . . 
Enjoyyyyy ~ ! =D

Petang ni akan ada Meeting Fasilitator PUO . .
Buat kali pertama aku akan hadir . .
Untuk SEM ini aku target macam-macam . .
Aku harap , aku akan senaraikan Ahad ni . .
Malam tu pula kita update lagi BLOGGER ! !

BERDIRI DI ATAS BAKAT SENDIRI



Friday, April 26, 2013

Pilihan Raya Kelas DSB3b BAB 1

Pada 26 April 2013 secara RASMI Kempen telah BEMULA ! !
Barisan Pencalonan . .

PRESIDENT







TIMBALAN PRESIDENT







Pengakhiran Yang GRAMATIS

Selepas habis Exam Building Services . . 
Pelajar Seni bina Politeknik Ungku Omar Kelas DSB2b dihantui satu SERANGAN Misteri ! !
Serangan yang belum pernah berlaku dalam SEJARAH Malaysia . .
Itulah dia Serangan KEBINGUNGAN dan KEBUNTUAN yang EXTREME ! ! !

Serangan ini telah bermula pada Malam sebelum Kejadian . .
Mereka bertungkus lumus mencari NOTA & INSPIRASI . .
Namun , yang mereka mampu lakukan hanya lah BERUSAHA . .
Ada sesetengah mereka telah PASRAH !
Ada sesetengah cuba MENCURI hasil USAHA orang lain . .
Itu lah LUMRAH Manusia . . Hmm

LOKASI KEJADIAN MALAM TERSEBUT













Kejadian tersebut berakhir Jam 4 PAGI . .

25 April 2013
Hari ini merupakan hari yang menjadi PUNCA segala KEJADIAN . .
Hari ini juga menjadi Titik PENGAKHIRAN . .
Detik GRAMATIS berlaku di sini . . HOOOO ~


Sekarang semua itu hanya jadi KENANGAN ! !

KAMI DAH ENJOYYYYYYY ~ ! YEAYYYYYY ~ ~
TAHNIAH SEMUA ! !


#BetterNation

Wednesday, April 24, 2013

sePetang bersama SEJARAH

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Guruh berdegungan memancar ke gegendang telinga
awan bergerak meninggalkan kawasan
Kawasan mana ? Kawasan LAUTAN BIRU

Apabila satu manusia mampu
Maka yang lain mampu juga
Jika kita bersatu bersama
Insya-Allah kita Berjaya

Perkara yang lama jangan di panggil
Perkaran yang lama jangan di renung
Perkara yang lama jangan di lambai
Perkara yang lama jangan di Ulang

Kita belajar , kita merasa
Kita merasa , kita dapat
Kita dapat , kita puas
Kita puas , Hati senang

Tanggal 1 Mei membuka senyuman
Final Port Folio jangan lepasi
Rumah kita Syurga kita
Mari balik ke rumah Kita 

Kelas demi kelas
Kelas yang berkat banyak kebaikan
Kalau dah lelap tetap juga lelap
History of Architecture entah ke mana

Nukilan Kreatif : Muhammad Firdhaus bin Razali



Kelas Malam HISTORY & Makan Malam PERSANJUNG

MALAM GALA HISTORY ! !

Hahahaha , itu je yang aku selalu nak cakap pasal Kelas Malam History . .
Ingatkan perjumpaan TERGEMPAR ! Tapi cuma kelas macam Building Services . .
HUHU . . Tapi , jangan pandang rendah ! Mana tahu ada yang masuk . .
Macam Kelas Building Services jugak . .
Buat-buat , hafal-hafal . . Semua masuk ! 
Memang tak dijangka weyyy ~

Apa pun kelas tadi memang SEMPOi ~
Tak ada yang terTIDUR pun . . Yeahhhh ~
Semua HAPPY GO LUCKY . .
Macam Aku jugak lah kiranya . . HUHU ~
 Tapi semasa kelas , tak ada BABAK yang seperti sebelum kelas . .
HAHAHAHAHA ~

NASI KANDAR PERSANJUNG ! !
Makan oh Makan ~
Dah kenyang pun PERUT tetap boleh TERIMA . .
Lepas habis kelas , kite orang lepak kat PERSANJUNG !
Kedai MAMAK yang Roti Canai-nya yang Lain dari Lain . .
Beli SATU umpama makan DUA keping . .
That's My Style ! =D



 

JUST ENJOY YOUR LIFE ! ! !

Tuesday, April 23, 2013

Kelas Malam HISTORY

"Seriusly habis Kertas Building Services aku dah ENOYYYY ~ ! ! Yeayyy ~"

Hahaha , itu lah yang perkataan yang paling aku suka bila dah habis Paper Building Services
Tapi bagi aku rasanya benda tu akan jadi DEBU YANG TERBANG KE AWANGAN ~
HEHEHEHEHEHEHEHEHE ~

Sebab malam ni Cik Liyana selaku Penasihat Akademik (PA) ku akan membuat kelas History bagi membantu meringankan beban Para pelajar DSB2b . .
HEHE , bukan PA ku tapi kelas ku yang TERSAYANG . .

Sebenarnya banyak kisahnya sebelum nak buat kelas pukul 9 malam ni . .

Babak Pertama


Babak Kedua


Babak Ketiga


Itu lah Babak-babak sebelum Kelas Malam History berlangsung . .
HAHAHAHAHA
Malam ni kita UPDATE  lagi untuk mengetahui hasil dari kelas tersebut . .
Kita buat BABAK baik punya ~ =D

BERKORBAN UNTUK BELAJAR SAMA DENGAN KITA BERKORBAN DALAM PEPERANGAN ! ! !

Tamatnya Paper Building Service ! MERDEKA ! !

Syukur . . Alhamdulillah . .
Akhirnya Paper Exam yang menjadi KETAKUTAN oleh semua rakan ku DSB2b telah pun TAMAT !
Yeyyyy ~
Paper apa tu ? !
Tulah Paper Building Services atau lebih di kenali dengan Perkhidmatan Bangunan . . 
HUHU , bukan nak kate boring cuma subjek tu FAKTA . .
Kalau salah , memang salah semuanya ! !
Macam HISTORY of ARCHITECTURE akan datang ni . .
Khamis 25 April 2013 . .

Serius lah kan , aku dah MERDEKA sekarang ni . .
Dah boleh ENJOY the LIFE  of ENDED Second Semesta . .
Entah . . Rasa macam dah MALAS . .
Kadang-kadang kita tak perlu TIPU diri Sendiri . .
Dah memang Zamn Sekolah dulu lagi AKU BENCI ! !
So , We Are Who We Are . .
HEHE . .
Just See & Wait ~

#BetterNation

Friday, April 19, 2013

Working Drawing Bab Akhir

YEAHHHHHH ~ lagi sekali aku gembira ! ! Tapi kali ini memang tak boleh di kawal sebab inilah kali terahkir aku berkorban masa untuk SEM 2 ni . . Yeee ~

Tapi banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsikan . . 
Dari sebelum hantar sehinggalah hantar projek . .
Dari Ipoh sehinggalah ke Kajang . .
Huaaaa ~ Kalau di ingat dan di fikirkan . .
Memang banyak benda kau dah lalui DHAUS ! ! =']
Tak apa ini semua kananga dan tauladan untuk kau jugak DHAUS . .

Jom MULA cerita dari 16 April . . 
Hmmm , hari penat weyyy . . Kelakar pun ada weyyy . .  Hahaha xD
Kami mula kerja petang selepas kelas Buiding Services . .
Ingatkan nak buat kerja tu kalau boleh siap petang tu jugak . .
Tapi dah pukul 6 petang pun masih ada yang tak kena dengan drawing HUUHU . .
Akhirnya kawan ku Ahmad Afiq Azlan (Triple A) putuskan untuk stay lama lagi sampai pukul 8 malam . . Hehe . .
Dah stay pun sama jugak ! ! 
Ingat bole lah siapkan . . Malam sebelum pukul 9 boleh pergi Zerox . .
Tapi , biasalah . . Kerja orang lambat memang macam tu . .
Akhirnya , kami semua sebulat suara balik rumah , STAY UP tak payah tidur malam tu . .
Ini ada sedikit video Keek.com tentang malam itu . .
Working Drawing Last Standing

17 April 2013 (RABU)
Sambung cerita jam 12 tengah malam . .
Betullah kan kalau pukul 12 maknanya dah hari Rabu . . Huhu
Baiklah tepat jam 12 malam kami pun mule kerja . .
Malang memang tak berbau . .
Hujan pun turun dengan lebatnya . .
Prinsip kami malam tu semua sama jee . .
Demi Balik Rumah , Apa Sahaja yang Berlaku , Projek mesti SIAP ! !
Kerja punya kerja punya kerja . .
Sampai ak tidur kami dibuatnya . .
Percaya atau tidak . .
Kami telah buat kerja secara NON-STOP sampai 12 tengah hari . .

Syukur Alahamdulillah . .
Projek siap ZEROX jam 1 tengah hari . . HAHA
Nampak tak jauhnya dari masa target dengan masa sekarang . . Hee ~
Okayy , DONE . .
Ni video Keek.com yang ada . .
SUBMIT day
OFFICIALLY Project DONE

Tapi ada jugak yang masih BERTAHAN sehinggalah aku kami balik kampung . .
Itu lah dia The Power Puff  Girl. .   . . ! ! hehe