Saturday, July 13, 2013

Mobile Art Pavilion by Zaha Hadid


LATAR BELAKANG

Ini merupakan bangunan pilihan saya dalam Projek Kajian Kes tentang 'EXHIBITION SPACE' . Uniknya bangunan ini adalah kerana bangunan ini di kategorikan sebagai bangunan 'EPHEMERAL' . Ephemeral merupakan Istilah Seni bina yang bermaksud bersifat 'SEMENTARA' .Jadi di sini kita dapat tafsirkan bahawa bangunan ini adalah 'BUILDABLE' di mana pembinaannya boleh di pasang & di tutup . Ya ! Sebenarnya bangunan ini telah pun merantau ke lebih 3 buah negara antaranya HONG KONG , NEW YORK , TOKYO dan kini telah menetap secara KEKAL di PARIS . Bangunan ini sebenarnya HAK MILIK Syarikat CHANEL kerana mereka mahu membuat Penjelajahan Sedunia mengenai semua Hasil produk mereka kepada orang ramai .
Kini , CHANEL telah pun TAMAT kan Penjelajahan dan telah pun mendermakan bangunan ini pada INSTITU DU MONDE ARABE selepas penjelajahan terakhir mereka di HONG KONG atas sebab KOS yang tinggi . 

Jadi , selepas bangunan ini bertukar milik , maka Institu Du Monde Arabe telah pun membuat satu Pameran yang buat kali Pertama mereka di Mobile Art Container . Pameran itu di beri nama 'UNE Architecture of Zaha Hadid' yang merupakan Arkitek UTAMA bangunan ini iaitu Zaha Hadid . Pameran ini pula menjadi pameran kajian kes saya juga.

ZAHA HADID

CHANEL LOGO


PROSES MEREKA BENTUK

Untuk proses reka bentuk , kita boleh buat pemerhatian pada semua bangunan Zaha Hadid yang sebelum ini kerana bangunan dulu dan kini semuanya sama sahaja . Aliran 'FLUID' merupakan reka bentuk utama . Cuma untuk menghasilkan reka bentuk yang Anggun ini Zaha Hadid telah berinspirasikan dari Beg Tangan CHANEL iaitu 'QUILTED BAG' 

QUILTED BAG

Untuk mendalami lagi reka bentuknya , Zaha Hadid telah mengaplikasikan Konsep 'NEW SPATIAL' di mana kita boleh lihat secara mata kasar bahawa bangunan tersebut berbentuk Pintu Gerbang yang bersambungan di mana kawasan tengah itu merupakan kawasan kosong . Lagi satu , Zaha Hadid ada menyelitkan satu reka bentuk ORGANIK yang mempunyai susunan yang MENGULANG di kawasan luar bangunan .

PANDANGAN PERSPEKTIF

REKA BENTUK PENGULANGAN


Itu hanya sekadar luaran sahaja . Dari segi dalamannya pula , Zaha Hadid banyak mempamerkan Bangunan yang dibuat sama ada sedang di bina atau pun sudah siap . Dari segi susunan dalam Pameran , Zaha Hadid lebih menyusun di tempat yang dekat dengan cahaya luar . Jika kita lihat pada bumbung bangunan terdapat ada beberapa tingkat di tengah & kelilingnya . Itu sebenarnya merupakan 'SKYLIGHT' yang dijadikan sebagai sumber cahaya ketika di waktu siang atau orang lebih kenal kepada 'Cahayan Semulajadi' . 

PELAN LANTAI

SKYLIGHT DARI DALAM

Dari sudut pameran , Zaha Hadid banyak bermain dengan model , tayangan & hasil kerja mewarna beliau . Yang paling menarik Zaha Hadid ada buat satu jalan di mana dia jadikan sebagai dua jalan . Ini bertujuan untuk melengah-lengahkan masa para pelawat supaya mereka mendalami Seni bina Zaha Hadid .

KARYA MEWARNA & TAYANGAN

MODEL CONCERT HALL DENGAN CAHAYA SEMULAJADI

MODEL BANGUNAN

SUSUNAN PROSES REKA BENTUK

SUSUNAN PROSES REKA BENTUK 2


PROSES PEMBINAAN

Untuk proses pembinaan pula , Zaha Hadid telah menggunakan 'Steel Construction' kerana besi adalah cara termudah untuk di buka & di pasang . Sebanyak 74 tan besi telah digunakan , 69 tan untuk bangunan pameran manakala lagi 5 tan untuk kaunter tiket . Keluasan banguna ini adalah 700 m2 bersamaan dengan 29m x 45m . Dengan ketinggian maksimum 6 meter bersama 1 meter di tinggikan dari aras tanah , bangunan ini cuma mengambil masa 1 minggu sahaj untuk dirikan ting besi dan untuk siap keseluruhanya hanya memakan masa sebulan .

PELAN LANTAI PAMERAN


Bahan yang digunakan dalam pembinaan ini sangat mudah & senang . Bahagian luaran banyak menggunakan FIBRE RE-INFORCED PLASTIC manakala bahagian dalam yang berbentuk seakan-akan sarang labah-labah pula menggunakan 'ALUMINIUM EXTRUSION' . Bahan untuk bumbung pula Zaha Hadid menggunakan 'POLYVINYL CHLORIDE (PVC)' manakala bahagian skylight menggunakan 'ETHYLENE TETRAFLUOROETHYLENE (ETFE)' . 

BAHAN BUMBUNG

ALUMINIUM EXTRUSION DALAM

LUKISAN PELAN-PELAN BANGUNAN

POTONGAN SEKSYEN A

POTONGAN SEKSYEN B

PANDANGAN HADAPAN & BELAKANG

PANDANGAN KANAN & KIRI

PELAN LANTAI DENGAN PAMERAN



"APABILA BAWA KE NEW YORK , KITA BOLEH LIHAT KEINDAHAN FAUNA . APABILA BAWA KE HONG KONG , KITA BOLEH LIHAT MENARA PENCAKAR LANGIT . " 
-Zaha Hadid-











1 comment:

  1. agak menarik dan boleh diketengahkan dalam design sterusnya.
    keep it up!

    ReplyDelete