Monday, May 30, 2011

Hari Guru Kajang High School (:


Selamat Hari Guru Kajang High School . . .  :))

Hmm . . . Itulah ucapan yang asyik di sebut oleh pelajar-pelajar Kajang High School(KHS) pada Hari Jumaat 27 Mei 2011 . . .
Setiap ucapan itu akan di ikuti dengan ciuman salaman tangan guru yang telah banyak berjasa dengan mereka . . . Ada juga antara mereka yang member hadiah sebagai tanda 'Terima Kasih' . . .
Walaupun Kajang High School sekolah lelaki , tetapi mereka tidak pernah lupakan jasa dan nasihat guru-guru . . .
Itulah Anak Jati Kajang High School . . . :))

Barisan Pentadbir memulakan perjalanan di 'RED CARPET' bersama Tuan Yang di-petua PIBG Kajang High School iaitu Prof. Madya Dr. Ebil bin Yusuf.
Pelajar Kajang High School pula berdiri menunjukkan tanda hormat kepada guru-guru mereka ketika berjalan di 'RED CARPET'.
Inilah antara guru-guru Kajang High School yang begitu gembira dan kelihatan dengan jelas pada warna baju mereka bahawa guru-guru ini Cinta pada Kehijauan .
Inilah dia Cikgu Sarleen selaku Pengerusi Majlis yang tidak asing lagi dan tidak di duga kehebatannya berkata-kata seperti mengacarakan 'MTV Music Awards' ! :D




Majlis diteruskan dengan bacaan doa semoga majlis dapat berjalan dengan baik dan lancar . . . Kemudian , menjemput wakil pelajar untuk membuat ucapan . Seterusnya , menjemput Prof. Madya Dr. Ebil bin Yusuf. Perutusan Pengarah Pelajaran telah dibaca oleh Cikgu Normah selaku Penolong Kanan Kajang High School. Akhir sekali , Perutusan Menteri Pelajaran telah dibaca oleh Pengetua Kajang High School iaitu Encik Nik Mat bin Nik Man.

Semasa sedang berseronok mendengar Perutusan-perutusan yang di baca oleh Pengetua & Penolong Kanan , majlis itu telah di datangi oleh sekumpulan awan berwarna gelap dan sedikit cerah . . .
Tiba-tiba , satu demi satu air jatuh dari awan tersebut . . .
Dari situ , hujan mula turun dan majlis itu tepaksa di tunda di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin . . .








Walaupun majlis di tunda di Dewan . . . Majlis tetap di jalankan dan semakin meriah serta mendapat sambutan dari para pelajarnya  ! ! :DD
Rasa bersyukur sangat dengan Kajang High School kerana ada Dewan yang boleh digunakan ketika waktu-waktu puncak seperti ini . . . :))
Dengan ruang yang agak kecil , pelajar dan guru tetap berhimpit-himpit semata-mata hanya untuk meraikan Hari Guru ini . . .
Inilah yang dikatakan bagai 'Isi dengan kuku' . . . :D

Majlis diteruskan dengan Ikrar Guru yang diketuai oleh Cikgu Dr. Mohd Wira bin Ibrahim .
Kemudian , nyanyian lagu 'Selamat Hari Guru' bersama-sama . . .
Para pelajar pula tidak ketinggalan mengikuti sekali nyanyian tersebut . . .
Yela, sudah bertahun-tahun lagu itu dinyanyikan oleh guru-guru mereka . . . :)


Apabila sesuatu majlis berlangsung , tidak seronok jika tanpa sedikit hiburan . . .
Jadi , pada majlis tersebut , ada dua persembahan telah dapat dipesembahkan oleh guru dan pelajar . . .
Pelajarnya tidak asing lagi kalau bukan Syed Muhd Hafis (5F) . . . :)
Syed telah menyanyikan lagu Hazami iaitu Kita Satu . . . Suara merdu Syed telah dapat menarik ramai guru-guru dan pelajar yang tidak pernah melihat Syed membuat persembahan sebelum ini . . .
Persembahan gurunya pula telah menarik perhatian semua guru-guru dan pelajar . . .
Persembahan ini telah di lakukan oleh Cikgu Lee Ah Heng yang sebelum ini beliau mengajar di sebelah petang . . . Cikgu Lee membuat nyanyian Rapper yang begitu menampat hati pelajar Kajang High School yang sebelum ini belum ada pelajar yang membuat persembahan sebegitu . . . :DD


Hmm . . . Walaubagaimana pun , majlis hari ini tetap berjalan dengan baik dan ceria sama ada gurunya mahu pun pelajarnya . . .
Dengan keberkatan Allah SWT menurunkan hujan , majlis ini bermula dengan lancar , berakhir dengan baik . . . Saya bersyukur sangat . . . Ini lah kali terakhir saya menyambut Hari Guru di Kajang High School . . . :)
Sebelum itu , saya sempat mengambil gambar tiga orang guru yang duduk bersama dengan berlainan bangsa . . . 

Inilah dikatakan 'Guru 1 Malaysia , Penjana Modal Insan Cemerlang'
(Dari kiri Cikgu Francisca , Cikgu Vasantha dan Cikgu Zainabu)

Saya wakil pelajar Kajang High School mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Kajang High School yang telah banyak memberi jasa dan melimpahkan ilmu yang tidak terberi kepada kami . . .
Terima Kasih , Cikgu .

No comments:

Post a Comment